Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
Pusat Kajian Hadis
LATAR BELAKANG PENUBUHAN
Pusat Kajian Hadis atau nama asalnya Akademi Hadis KUIPSAS merupakan hasil cetusan dan idea asal Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Negeri Pahang Darul Makmur. Selain itu, ianya juga merupakan visi dan misi bagi melahirkan masyarakat menjadi ilmuwan Islam yang pakar dan cakna dalam bidang hadis seiring dengan penambahan bilangan tahfiz di Negeri Pahang.
Berdasarkan kepada titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang pada 21 Jun 2019. Keprihatinan KUIPSAS ketika itu diteruskan dengan menubuhkan Akademi Hadis UnIPSAS pada tahun 2020 sebagai salah satu sayap di bawah Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) KUIPSAS. Selanjutnya, selepas KUIPSAS menjadi Universiti Penuh dengan penaiktarafan kepada UnIPSAS pada ketika itu.
Pihak universiti dipertanggungjawabkan bagi merencanakan sebuah institusi untuk memperkembangkan pengajian dan penyelidikan berkaitan hadis ke peringkat yang lebih formal dan lebih baik sejajar penubuhannya dengan titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah agar aktiviti berkaitan pengajian dan penyelidikan hadis disemarakkan, pihak Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah telah mempelawa Al-Syeikh Dr. Abu Soliman Mostafa Al-Nadwi yang dilantik secara rasmi sebagai Felow Hadis UnIPSAS pada tahun 2022 sehingga kini.
CARTA ORGANISASI

