+609 553 5555         aqs@uniqsaas.edu.my

Facebook
Twitter
Instagram
Youtube

KUANTAN, 03 April 2026 – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) melalui Kulliyyah Al-Quran dan Al-Sunnah dengan kerjasama Pusat Islam serta Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (UNIQSAAS) telah menganjurkan Majlis Pengijazahan Sanad Surah al-Fatihah yang berlangsung di Dewan Solat Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (TMTHIAS) hari ini.

Program ini memberikan peluang istimewa kepada warga universiti dan masyarakat setempat untuk memperoleh sanad bacaan Surah al-Fatihah secara bersemuka daripada YBrs. Profesor Madya Dr. Mohamed Ahmed Mohamed Abdelaal ElSharabany (Pengarah Akademi Hadis UNIQSAAS). Pendekatan talaqqi dan musyafahah telah digunakan bagi memastikan ketepatan bacaan peserta dapat dinilai secara langsung sebelum dianugerahkan sanad.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor UNIQSAAS, YH. Profesor Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin. Dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa kepentingan untuk memperluaskan penganjuran program bersanad sebagai usaha berterusan dalam memartabatkan pengajian al-Quran. Beliau turut memaklumkan perancangan penganjuran siri program seterusnya, termasuk yang dijadualkan akan berlangsung di Sarawak pada April 2026.

Seramai 50 orang peserta telah berjaya menyertai program ini, yang terdiri daripada 22 pelajar UNIQSAAS, 4 pelajar luar, serta 24 peserta dalam kalangan masyarakat umum. Penyertaan ini mencerminkan minat yang signifikan terhadap pengajian al-Quran secara bersanad merentas pelbagai lapisan masyarakat.

Semoga usaha ini dapat diteruskan lagi selari dengan aspirasi institusi bagi melahirkan masyarakat yang celik al-Quran untuk masa hadapan.

SINOPSIS MAJLIS, 28-30 Mac 2026 – Kulliyyah Al-Quran dan Al-Sunnah UNIQSAAS telah mengadakan Majlis Pengijazahan Sanad Bacaan Al-Fatihah pada 28-30 Mac 2026 lalu. Majlis pengijazahan sanad ini telah dianjurkan dengan kerjasama Pusat Islam dan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA).

Objektif Majlis Pengijazahan Sanad Bacaan Al-Fatihah ini adalah memberi pengiktirafan rasmi kepada peserta yang hadir serta dapat menguasai bacaan Surah al-Fatihah melalui proses musyafahah secara bersanad. Majlis ini juga memartabatkan disiplin sanad dalam pembelajaran al-Quran sebagai satu kaedah autentik selaras dengan tradisi ketulenan bacaan dan keilmuan Islam.
Kulliyyah Al-Quran dan Al-Sunnah UNIQSAAS telah menjemput penceramah khas iaitu YBrs. Profesor Madya Dr. Mohamed Ahmed Mohamed Abdelaal ElSharabany (Pengarah Akademi Hadis UNIQSAAS) bagi mengisi slot utama di samping pembacaan bersanad kepada para peserta yang terlibat dan diadakan di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, UNIQSAAS Kuantan. Bimbingan secara terus daripada penceramah selaku penyampai sanad memberi impak kepada para peserta dari awal sehingga mencapai matlamat penganjuran majlis ini sebagai langkah proaktif dalam melahirkan pembaca al-Quran yang berkualiti secara betul dan beradab. Majlis pengijazahan ini melibatkan lima puluh lima orang peserta daripada luar termasuk Anggota Kerja UNIQSAAS.

Semoga majlis seperti ini dapat mendedahkan kepada peserta tentang kepentingan mempelajari ilmu al-Quran perlunya dibimbing guru yang berautoriti.

Loading...