KUANTAN, 4 September 2025 – Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah melalui Akademi Hadis dengan kerjasama Akademi Pengajian Quran dan Sunnah serta Persatuan Pelajar Quran dan Sunnah (PAQAS) telah menganjurkan Wacana Intelek Syamail Muhammadiah: Dari Manuskrip ke Realiti Ummah bertempat di Auditorium Tuanku Canselor.
Program murni ini dijemput khas oleh YBhg Ustaz Uwais Al-Qarni bin Abdul Wahab merupakan Mudir Pusat Pengajian Tahfiz Ribat Al-Musthofa dan Ribat Al-Zahra Al-Batul, Kuantan. Beliau memberi kefahaman yang mendalam kepada peserta yang hadir mengenai keperibadian, akhlak dan gaya hidup Rasulullah SAW berasaskan kitab Syamail Muhammadiyah karangan Imam al-Tirmidhi yang wajar diteladani.
Wacana ini diselingkan dengan persembahan Qasidah daripada kumpulan Hubbul Musthofa daripada UnIPSAS dan mahallul Qiyam.
Wacana ilmu yang berlangsung setengah hari ini melibatkan para pelajar UnIPSAS secara terbuka. Bahkan para hadirin diberi peluang untuk bertanya sebarang kemusykilan dalam sesi soal jawab bersama penceramah.
Semoga usaha ini dapat diteruskan lagi selari dengan aspirasi institusi bagi melahirkan masyarakat yang celik dan cakna hadis dengan ilmu-ilmunya.
[10:02 AM, 6/15/2026] Abu Dzar UnIPSAS: – Sinopsis Majlis & Gambar; SENTUHAN KASIH: ILMU DAN AMAL DI RUMAH ANAK YATIM Untuk letak dalam folder “Aktiviti Pusat” – Pusat Kajian Hadis👇





