KUANTAN, 7 September 2025 – Program ‘Sentuhan Kasih: Ilmu dan Amal di Rumah Anak Yatim’ merupakan program berkonsepkan khidmat masyarakat yang menggabungkan elemen keilmuan dan kesukarelawan telah dianjurkan Akademi Hadis (AHad) dengan kerjasa Persatuan Pelajar Quran dan Sunnah (PAQAS).
Program murni ini dikendali khidmat sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pelajar Persatuan Pelajar Quran dan Sunnah serta dibantu Ahli Akademi Hadis. aktiviti kemasyarakan ini dibuat bertempat di Kompleks Anak Yatim dan Miskin Nadwah Permata Camar, Kuantan melibatkan 30 orang anak-anak di kompleks berkenaan.
Pelbagai aktiviti direncana untuk anak-anak yatim dan miskin di kompleks seperti Explorace The Way of the Hadis, Jom Kenali Nabi SAW…, Task and Test (TnT) dan lain-lain aktiviti menarik yang dijalankan.
Program yang berlangsung setengah hari ini memberi peluang kepada pelajar berperanan sebagai fasilitator. Turut hadir Encik Abu Dzar bin Ahmad, Timbalan Pengarah Akademi Hadis serta Encik Mohammad Haafiz Aminuddin bin Mohd Azmi dan Encik Muhamad Razif bin Ahmad.
Semoga usaha ini dapat diteruskan lagi dengan lebih luas bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cerdik pandai tapi bijak mengatur untuk mengendali aktiviti sosial dalam masyakarat.




